Halaman

Monday, 5 August 2013

Tanah Suci, Tempat Dirindui

Dalam hidup ini manusia diuji dengan bermacam-macam ujian. Kadangkala peluang boleh jadi ujian. Rezeki boleh jadi ujian. Peluang untuk menjadi tetamu Allah pada Ramadhan tahun ini cukup memberikan aku pengajaran bahawa sangat besar amanah yang bakal diterima selepas ini kerana setiap ilmu dan pengalaman baru yang ditimba bagiku merupakan satu amanah yang memerlukan individu tersebut untuk bertanggungjawab ke atas ilmu tersebut.

Contoh mudah, seseorang guru takkan mengajar sekiranya mereka tidak tahu bahawa pendidikan itu pentinga kepada masyarakat. Begitu juga dengan para doktor, mereka akan buat yang terbaik semasa belajar kerana mereka tahu bahawa mereka sedang bermain dengan nyawa manusia.

RAMADHAN DI TANAH SUCI

Banyak perkara baru yang saya belajar di tanah suci. Perkara paling utama adalah mengenal pelbagai kerenah dan ragam manusia. Nikmat ini tidak dapat diperolehi melainkan dengan mengembara. Itulah kelebihan mengembara yang tiada pada aktiviti yang lain. Rata-rata mu'tamir di sana kebanyakannya daripada Maghribi, Al-Jazair, Pakistan, Hindi dan Mesir. Masyarakat Malaysia dan Indonesia juga tidak kurangnya juga.

Pada saya, persiapan jemaah umrah atau haji sebelum ke sana adalah signifikan memandangkan bilangan jemaah yang semakin bertambah ramai dari hari ke hari dan saya kira sudah banyak artikel-artikel di lama sesawang yang berkongsi mengenainya. Bagi yang belum pernah mengenal masyarakat dan budaya orang Arab, di sinilah tempat terbaik untuk mengenal telatah mereka. Paling penting pada saya ialah jangan mudah tertipu dengan orang Arab. Untuk setiap pembelian barang-barang, wajib untuk meminta pengurangan harga kerana Arab lazimnya akan meletakkan harga yang tinggi kerana pada barangan tersebut sendiri tidak ada tanda harga. Budaya Arab yang lain-lain itu boleh belajar secara tidak langsung seperti adanya penyeluk saku, solat fardhu 15 minit selepas azan, bergurau secara ganas (ikut negara juga) dan macam-macam lagi.pa

Sebelum mengembara ke tanah suci ini, beberapa point yang saya kira penting adalah :

1. Melatih diri untuk sembahyang fardhu berjemaah kerana di sana, kita akan diuji dengan jarak hotel yang jauh dan kesesakan jalan dengan jemaah yang ramai. Jika musim panas, kita akan diuji dengan panahan Sang Mentari setinggi 40-46°C pada waktu tengah hari.

2. Thaqofah. Khatamkan buku-buku sejarah Madinah, Mekah dan Masjid Nabawi. Dengar seberapa banyak kuliah mengenai ibadah umrah dan haji dengan ilmuan yang dipercayai dan diiktiraf kelimuannya. Ini penting sekiranya kita mahu fakta tambahan dan tepat selepas diterangkan oleh mutowwif.

Saya kira, persediaan-persediaan yang lain sudah diterangkan pada banyak laman sesawang. Ini adalah beberapa gambar yang menarik bagi saya :

Maqam Nabi, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar. Tempat ini dinamakan Raudoh. Agak kosong pada jam 1 pagi hingga 2 pagi Ramadhan.

Menunggu waktu iftor di luar Masjid Nabawi. Masyarakat Arab lazimnya iftor ringan dengan kurma, roti dan jus.

Pemandangan indah dari tingkat atas. Realitinya, mereka sedang bersesak-sesak. Jika di Hajarul Aswad, semua pasti berpeluh satu badan (musim panas).

Selesai bertahallul. Mereka mengenakan  cas sekitar 15 ke 20 Riyal. Harga akan semakin meningkat mengikut masa.

Jabal Nur, di Padang Arafah. Walaupun telah dipasang rakaman teguran supaya tidak menconteng nama pada batu tersebut, masih ramai yang melakukannya.

Hujan pada hari Jumaat 27 Ramadhan 1434H.

Kelihatan jenazah diangkat keluar dari Makkah. Biasanya, setiap kali selepas solat fardhu akan dibuat solat jenazah.

3000 kubur para sahabat diperkuburan Baqi'.


Masjid Quba. Jika mendongak ke atas, pada bahagian saf awal masjid ini ada lubang di siling. Ada pendapat mengatakan ia merupakan tanda tempat nabi bersolat.

Jabal rummah. Tempat di mana ramai pemanah-pemanah diuji antara harta dunia dengan perintah Baginda pada perang Uhud.

Terjemahan Al-Quran ini menarik kerana ia diterjemahkan penuh ke bahasa Mandarin, Sepanyol, India, Jepun dan banyak lagi pada zaman Raja Fahd. Ia terletak di sebelah Raudhoh.

Di sebelah kanan merupakan tempat penginapan Imam Makkah seperti Syeikh Abdullah Al-Juhn, Syeikh Sudais dan Syeikh Maher Maqli. Di sebelah kiri merupakan hotel perdana menteri yang melakukan umrah atau haji di sini. Ia terletak betul-betul di sebelah Makkah dan kiri pada gambar ini merupaka tempat sa'i.

Di sinilah syura pertama di dunia diadakan. Saidina Abu Bakar dibai'ahkan oleh para sahabat untuk menjadi khalifah selepas kewafatan Nabi. Ia terletak 200 meter daripada Masjid Nabawi.

Satu-satunya masa Hajarul Aswad kosong. Pada waktu iftor sehinggalah selesai imam memberikan salam solat fardhu.
Maktabah Madinah. Di hujung sebelah kiri terdapat seksyen Bahasa Inggeris dan Urdu.

Jika diteliti, tiang di barisan ini sahaja yang ada corak hijau pada atasnya (tertulis masjid Muhammad) kerana ini merupakan penanda keluasan asal masjid Nabawi.

Pemandangan terkini tempat tawaf dari arah tempat imam melakukan solat sunat tarawih. Jika solat fardhu, imam akan solat di hadapan Kaabah.

Maktabah Makkah. Dikatakan terdapat bilik mudir di sini merupakan tempat lahir Nabi Muhammad. Istimewanya lagi, terdapat banyak rakaman kuliah talaqqi kitab di komputer sini, berserta bacaan Imam pada tarawih, qori-qori Saudi dan jadual kelas-kelas di Makkah.

N.B. : Hari ini mungkin rezeki saya untuk ke sini dan esok hari orang lain pula. Tampak baiknya kita pada hari ini bukanlah menjanjikan husnul khotimah pada diri kita. Boleh jadi insan yang tampak buruk pada hari ini akan diangkat martabatnya suatu hari nanti jika dia kembali ke pangkal jalan. Semoga kita istiqomah.
Comments
0 Comments

0 kritikan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...