Halaman

Friday, 26 April 2013

Mencari Sebuah Keikhlasan



Ikhlas itu merupakan satu rahsia Allah. Apabila kita melihat individu lain melakukan sesuatu, kita tidak mampu betul-betul menduga sama ada pekerjaan yang dilakukannya itu ikhlas ataupun tidak. Di dalam buku Penawar Hati, Syeikh Rohimuddin memetik kalam ulama’ yang mengatakan ikhlas itu terbahagi kepada tiga peringkat. Pertama, ikhlas kerana hendak mematuhi titah perintah Yang Maha Kuasa dan menjauhi larangannya. Peringkat kedua, ikhlas kerana ingin mendapatkan pahala dan peringkat yang paling tinggi adalah apabila insan itu melakukan sesuatu semata-mata kerana Allah.

Terdapat banyak lagi pendefinisian ikhlas daripada para ulama' dan Allah mengumpamakan keikhlasan itu bak air susu yang putih melepak dan langsung tidak bercampur dengan kotoran.

Sesungguhnya ikhlas itu memerlukan mujahadah yang tinggi dan lazimnya insan-insan yang ikhlas, amat sukar untuk berputus asa dan berasa 'down' dalam kehidupannya kerana mereka tahu bahawa hidup di dunia ini tidak lebih daripada sebuah persinggahan sebelum mereka mengecap nikmat yang kekal abadi dan lebih luas di akhirat sana. Mereka jarang sekali berasa penat dalam melakukan apa-apa kerja walaupun diuji dengan kritikan, sindiran, tohmahan dan sebagainya.

Sebagai umat Islam yang sedar akan peranannya dan tujuan hidupnya, nilai berharga ini perlu dibina di dalam hati tidak kira bidang apa pun yang diceburi dan jalan ke arahnya yang paling asas adalah melalui ilmu. Kemudian barulah diikuti dengan mengikut jejak langkah tasawuf dan praktikaliti yang lain.

Nuruddin Azri,
Sayeda Zainab, 25 April 2013
12:45pm
Comments
0 Comments

0 kritikan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...