Halaman

Wednesday, 14 March 2012

Bersiap Siagalah Duhai Remaja

Saya tertarik dengan artikel yang ditulis oleh saifulislam.com berkenaan dengan penulisan melalui cerita. Konklusi mudah yang saya dapat daripada tintanya ialah apabila kita memasukkan unsur penceritaan dalam karya kita, secara automatiknya kita telah mengikat karya kita dengan pembaca kerana sudah tentu pembaca pun akan turut ingin berkongsi pengalamannya pula.

Pernah suatu ketika saya menjadi fasilitator program motivasi pelajar sekolah menengah. Apabila disurvey dalam kalangan mereka berapa ramai yang meninggalkan solat, hampir majoriti mengangkat tangan mereka dan yang paling menyedihkan sudah ada dalam kalangan mereka yang sudah pernah menyentuh najis rokok.

"Itulah realiti masyarakat kini," kata seorang fasilitator.

"Kat mana-mana pun saya pergi, inilah hasil soal selidiknya," tambahnya lagi.

Sahabat-sahabat, saya tak nafikan bahawa semua yang merokok negatif sifatnya. Ada yang baik tingkah lakunya sehinggakan saya cukup tekejut apabila salah seorang daripada perserta yang merokok itulah satu-satunya individu yang memberikan kepada semua fasilitator hadiah.

Cumanya, apa yang harus kita ingat ialah sekali kita tersilap langkah, sukarlah untuk kita kembali ke langkahan awal kita.

Bukan mudah nak berhenti merokok.

Walaupun saya tidak pernah menyentuhnya, tetapi saya dapat rasakan betapa peritnya mangsa-mangsa produk ciptaan Yahudi ini untuk berhenti daripadanya.

Situasinya sama seperti sesetengah perkara dalam kehidupan yang harus kita tempuhi.Ada sahabat kita yang nakal, termasuk dalam golongan 'huha, huha', menjadikan masalah sosial sebagai tempat pengubat stres dan ada juga sahabat kita yang cintakan majlis ilmu, sopan tutur bicaranya dan terpuji akhlaknya.

Bergaul dan 'ngam' dengan golongan-golongan nakal merupakan satu uslub dakwah yang sangat efektif.

Saya tak nafikan.

Tetapi jangan kita terlupa akan kalam Saidina Umar Al-Khattab,

"Tafaqqahu qabla an tusawwadu"

Faqihkanlah diri kamu sebelum kamu memimpin. Jangan sampai kita hanyut dengan arus persekitaran kita sebelum kita sempat menyiap siagakan diri kita.

Persiapan itu signifikan.

Bersedialah.

Perjuangan baru sahaja bermula.



Comments
0 Comments

0 kritikan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...