Halaman

Monday, 6 February 2012

Sedikit Refleksi Bagi Menyucikan Hati Yang Berdaki


Tanggal 12 Rabiul Awal 1433H baru sahaja berlalu. Pelbagai sambutan dilakukan di seluruh negara walaupun saya tidak berpeluang untuk merasai 'suasana' sambutan yang setiap tahunnya pasti ada perarakan-perarakan dengan kain rentangnya. Ini manifestasi jelas semua orang cinta akan Nabi.

Walaupun berlainan fikrah, berbeza dasar perjuangan, tetapi semua umat Islam tidak dapat nak sangkal bahawa mereka cintakan Nabi. Siapa yang tak kagum dengan insan terhebat dalam lipatan sejarah? Hatta orang Barat sendiri pun mengakui Nabi Muhammad s.a.w. tokoh yang paling berpengaruh sehingga dibukukan dan diletakkan baginda sebagai tokoh pertama yang paling berpengaruh di dunia dalam buku 100 Tokoh Paling Berpengaruh di Seluruh Dunia.

Apa yang menjadi persoalannya di sini, kita bukan hanya sekadar nak berbangga-bangga sahaja dengan kehebatan baginda dan bermegah dengan kegemilangan Islam, tapi kita perlu mengekalkan kehebatan Islam itu sendiri dengan mencontohi setiap perilaku baginda. Allah dan kata dalam al-Quran, sesungguhnya pada Rasulullah, contoh peribadi yang terbaik untuk kamu yang mengharapkan rahmat Allah dan hari kiamat.

Setiap tahun, kita sambut maulidur rasul tetapi cuba kita fikirkan sejenak sejauh manakah kita mampu berubah dengan sambutan yang kita buat? Sejauh manakah kecintaan kita kepada Baginda?Sejauh manakah pula kita mengamalkan setiap tingkah laku Baginda? Cuba renungkan sejenak...

P/S: Salam maulidur rasul. Ayuh kita amalkan semua sunnah baginda. Hidupkannya. Mulakan sedikit demi sedikit.
P/P/S: Ada satu website menarik berkaitan 'prophetic timeline' untuk disinggahi. Boleh klik sini.
P/P/P/S: Istiqamahlah dalam setiap amalan. Sentiasa berusaha pertingkatkannya. Tajdid niat selalu.
Comments
0 Comments

0 kritikan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...