Halaman

Thursday, 16 February 2012

Ibadah: Tujuan Penciptaan Manusia

Konsep ibadah merangkumi satu ruang likup yang sangat luas. Setiap gerak geri kita merupakan ibadah kerana sudah sememangnya manusia diciptakan untuk beribadah kepada Penciptanya. Taat. Tunduk. Patuh.

Apa yang membezakan setiap perbuatan kita sama ada menjadi ibadat atau adat ialah niat kita. Semuanya berbalik kepada hati. Jika baik raja ini memimpin, maka terarahlah keseluruh anggota kita ke arah kebaikan dan sebaliknya.

Para ulama' telah menggariskan lima syarat untuk sesuatu pekerjaan itu dikira sebagai ibadat.

1. Niat kerana Allah.Tidur untuk berehat supaya dapat mengumpul tenaga untuk berjihad merupakan ibadah. Main bola sepak untuk merapatkan ukhuwah dikira ibadah dan banyak lagi contoh lain.

2. Perbuatan itu berlandaskan syara'. Mengadakan study group sehingga melanggar batas-batas pergaulan tidak dikira ibadat.

3. Melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Nabi bersabda, sesungguhnya Allah suka akan seseorang yang apabila melakukan sesuatu pekerjaan dia akan melaksanakan dengan tekun.

4. Tiada unsur-unsur yang bertentangan dengan syara'. Contoh, melakukan riba' dalam jual beli. Ciri-ciri ini lebih kurang sama dengan ciri yang kedua.

5. Tidak sampai mengabaikan perintah Allah yang wajib.Misalnya berlatih nasyid sehingga terlepas solat fardhu.

Pelaksanaan ibadah dan istiqomahnya individu tersebut dalam ibadah berkait rapat dengan kecintaan dan keikhlasan. Profesor Yusuf Al-Qaradawi dalam buku Introduction to know Islam ada menyebut tidak akan wujud ibadah jika hanya melakukan 'submission' tanpa wujudnya 'love to Allah' dan sebaliknya. Love and submission must come together to establish the real worship.

Satu buku lagi mengisahkan perbuatan yang dilakukan untuk mendapatkan puji-pujian, nama, disebut-sebut tidak dikira ibadah kerana Allah HANYA akan menerima amalan hambanya yang ikhlas.

Cuba kita refleksi diri kita semula, adakah kita benar-benar ikhlas dalam beribadah dan sejauh manakah kecintaan kita kepada Allah. Memang diakui salah satu cara untuk melahirkan sifat ikhlas ialah melalui tarbiah. Tetapi kita mesti pastikan hati kita jangan sesekali tergoda dengan nafsu yang inginkan nama untuk disebut-sebut dan dipuji-puji.

Menangnya Islam dalam banyak perang kerana ruh dalam ibadah yang dilakukan umat Islam.Jika ibadah kita tinggalkan, maka adakah kita boleh jamin Allah akan membantu kita?

Jagalah hubungan dengan Allah.


Comments
0 Comments

0 kritikan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...