Hening...
kadangkala pilu memikir nasib negara
fitnah melanda
penyelewengan berleluasa
masyarakat kian bobrok
jauh mereka daripada Islam
hanyut dibuai kelazatan dunia
gelodak nafsu membara-bara
alpa akan Sang Pencipta,
tak sedar ada negeri abadi
tak yakin syurga itu satu janji
terus terawang-awang diayun godaan mimpi.