Halaman

Showing posts with label hiburan. Show all posts
Showing posts with label hiburan. Show all posts

Saturday, 26 November 2011

Ingat Lima Sebelum Lima



Bismillah.

Allah pernah berfirman,

[At-Tahrim : 8]
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan " Taubat Nasuha", mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu"


Kisah sebelum lima perkara siaran TV3 semalam cukup membuatkan penontonnya terpana dengan balasan Allah kepada sesiapa yang mempermain-mainkan agama di dunia tidak kira mempersendakan kitab agung-Nya, tidak menghormati orang tua mahupun tidak bertanggungjawab terhadap keluarga.

Tiga pengajaran utama yang sangat memberi kesan pada saya.

Pertama, barang siapa yang menjadikan agama sebagai barang mainan dan bahan ketawa kelak pasti Allah janjikan balasan. Tak di dunia pasti di akhirat. Badri, pelakon utama kisah tersebut menderita selama lima tahun sebagai masyarakat sampah yang mengidap penyakit kusta,kulit bernanah dan hidup bak pengemis.

Itu baru sahaja balasan di dunia. Belum lagi di akhirat. Entah apa pula hukuman yang bakal menimpa dengan insan yang mempermain-mainkan al-Quran, solat, khianat kepada isteri dan mencela orang yang lebih tua. Nauzubillah. Sama-samalah kita berlindung daripada perkara-perkara begitu.

Kedua, apabila kita telah melakukan dosa dan maksiat kepada-Nya maka bersegeralah memohon taubat daripada-Nya sebelum segala-galanya berakhir. Badri sempat pulang ke cahaya agamanya tetapi tidak sempat untuk memohon maaf daripada anaknya yang paling bongsu kerana anaknya itu telah pun mati akibat strok sebelum sempat Badri bertaubat.

Memang kita tidak mampu lari daripada dosa-dosa kecil dan maksiat. Sebab itulah Allah membuka pintu rahmat-Nya yang luas untuk hamba-Nya bertaubat.

Ketiga, kita mesti tahu bahawa bukan semua perubahan dapat dilakukan secara mendadak. Alyah, isteri Badri dan pemandu keretanya terlalu mudah percaya dengan perubahan drastik Badri yang hanya memakai topeng agama dengan solat dan pergi ke masjid sehinggakan maruah Alyah nyaris-nyaris tergadai.

Setiap perubahan semestinya ada peringkat-peringkatnya. Bukan senang untuk seseorang itu berubah lebih-lebih lagi apabila individu tersebut berperangai syaitan dan terlampau jahat sebelum menjadi soleh.Perubahan memang memakan masa.

Konklusi.

Kita perlu ingat dan menghargai lima perkara sebelum lima perkara yang sebaliknya bakal muncul. Rujuk lagu kumpulan Raihan yang sangat terkenal suatu ketika dahulu.

Thursday, 1 September 2011

The Foul Media


Bored. Tension. Disgusting.

Argh, the media keep continuing to serve Malaysians with the disgusting, foul and revolting stories. This cancerous TV especially becoming braver to damage and destroy the muslims' heart.

Urgh, how can they (the actor, panel or anybody) in TV celebrate the Eid Mubarak but at the same time, they keep making the sin? How can they obey Allah's commandments (apologizing and  visiting) and they betray them coincidentally (showing aurah and entertain extremely).

How can they mix good thing and bad thing together? Fuh... very sad.

Allah just said, don't mix the al-Haq with al-Batil, but they didn't ever care about it.

Now, at this moment, we can see with our own eyes that our country is being attacked by a very serious and dangerous decadance of morality. Let's look at the TV. A bundle of 'profaned' show are more been published compare to the sacred show even during Hari Raya.

Miscellaneous movie and drama now are portraying that they are very lack and dry of the Islamic education or in the other word, tarbiah Islamiah. Aurah are exposed in almost every second in each TV. We can also see, how children are being taught by hedonism, dancing, singing and other worldly education through Bintang Kecil as example.

Akademi Fantasia. Malaysian Idol. Sehati Berdansa. Muzik-muzik. (I don't know more about that as recently I didn't care about that at the first place).

What the hack?!

Are these the education that are being taught to produce 'modal insan'?

The question is what is our leader and the other high rank minister are doing? Are they also join in demolishing their faith?

Where is the filtration of mass media? Why the censored and dangerous oversea's movie are still being imported to this 'Islamic country'? Hey, please. The children are learning and following what the TV publish.

Oh no! Look like they're not alert and take note about this chronic disease.

Aren't they know that the broken in media will lead to a bad culture of hating book and circle of knowledge? Consequently, social problems which they want to overcome, will keep increasing gradually. It is not strange for us to know and accept that Malaysia sat on the rank 10 for 'the most civilian who love to entertain award' according to the Nelson's 2010 research.

Really sad.

Friday, 17 June 2011

Utusan Malaysia vs Harakah


Sedih. Terkilan.

Berapa ramai remaja akhir zaman ini hanyut dan menyimpang daripada ajaran Islam.Ada yang sekadar mewarisi baka-baka Islam keluarga mereka. Yang paling jelas jahiliyyahnya adalah kebobrokan sosial itu sendiri.

Memang tampak jelas bahawa umat Islam kini pada hakikatnya tidak faham erti Islam itu sendiri.

Islam itu bercirikan Rabbaniah. Syumuliah. Inqilabiah. 'Alamiah. Waqi'iyah. Thabat wa murunah.[klik sini]

Realitinya kini, kita sendiri dapat melihat melalui kaca mata kita bahawa tak semua ciri Islam ini diaplikasikan oleh umat Islam itu sendiri.

Sayu sekali apabila saya melihat kitab rujukan harian masyarakat kini (bak kata Ustaz Hasrizal abdul Jamil), kitab Utusan Malaysia sering dan acap kali mempamerkan foto-foto wanita yang tidak menutup aurat.



Kenapa ia dilabel kitab rujukan harian?

Sudah pastinya jika kita berada di mana-mana pun kita pasti tidak mampu untuk mencari akhbar selain akhbar kerajaan itu termasuklah berita harian. Cakap sahajalah, asal institusi kerajaan sahaja mesti wajib ada akhbar Utusan. Sejak mula dari sekolah sampailah ke kampus.

Saya tidak ingin menyebelahi pada mana-mana pihak. Aku cuma cuba berdiri di atas pagar dan cuba menjenguk dan terus mengkaji pro dan kontranya antara dua pihak ini.

Setiap hari,ada sahaja gambar-gambar yang pasti dan telah pun berjaya merosakkan iman umat Islam yang membacanya. Mana taknya, foto-foto itu ditayangkan di dada akbar tanpa ada rasa segan silu. Soal maruah bukan lagi agenda utama. Maruah murahan itu seolah-oleh boleh digadaikan begitu sahaja.

Jadi di mana penghayatan dan pengaplikasian Islam itu sendiri?

Kata muslim. Anut Islam.Ada ke Islam bagi tayang-tayang aurat macam itu sahaja?

Tolonglah faham apa erti Islam. Islam guna al-Quran, hadis sebagai panduan hidup di dunia ini.

Islam itu syumul. Bukanlah Islam itu sekadar beribadah di masjid sahaja. Bila di masjid barulah kita nak menutup aurat. Baru nak pakai tudung. Baru nak pakai kopiah.

Sering terbetik dalam benak fikiranku, bagaimana dengan semudah itu sahaja pihak atasan kerajaan membenarkan aurat umat Islam didedahkan sewenang-wenangnya. Bahkan ia sudah pun menjadi budaya masyarakat Malaysia kini. Benda itu sudah mangli pun pada mata masyarakat. Masyarakat telah pun dibutakan daripada ajaran Islam sebenar.

Saya masih tak nampak dengan jelas lagi di mana aplikasi sebenar negara Islam yang dilaung-laungkan oleh pemimpin-pemimpin Malaysia. Saya masih kabur terhadap pihak pemerintah dengan 'ghayah' (matlamat utama) kita sebagai umat Islam iaitu Allah. Saya masih ragu-ragu dengan manifestasi amalan yang ditonjolkan pihak atasan terhadap kalimah agung. Syahadatain.




Bukankah Allah sudah  pun berperintah,



Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.(QS. 2:208)


Saya amat kecewa dengan situasi ini kerana ianya punca dan pencetus gejala sosial itu sendiri. Bertambah kedukaan saya apabila mendapati kerajaan bertungkus lumus untuk membasmi kepincangan sosial tetapi dalam masa yang sama menggalakkan lagi ia berlaku menerusi media massa. Soal rancangan di televisyen usah dicerita.

Memang benar kata ustazku dahulu, Ustaz Ahmad Junaidi, televisyen memang syaitan nombor wahid di rumah. Melalaikan. Merosakkan. Kaya dengan racun hedonisme. Gersang dengan wacana ilmiah yang membina modal insan mukmin.

Ironinya pula, apabila saya cuba melihat-lihat akhbar yang sangat asing bagi saya setelah 18 tahun saya berkelana di bumi fana Malaysia ini, iaitu akhbar Harakah sejuk mata dan hati saya membacanya. Mana tidaknya, tiada langsung gambar yang menyakitkan mata memandang dan melihatnya. Iman pun terjaga.

Sekali lagi saya menyatakan bahawa saya masih berdiri teguh di atas pagar. Jauh sekali untuk melaga-lagakan kedua-dua pihak. Ini cuma lontaran suara. Semua orang berhak untuk bersuara dan mencetus respons dalam negara demokrasi. Ini cuma pandangan dan kesedaran yang baru sahaja berputik di hati saya setelah sekian lama saya boleh dikatakan buta untuk membezakan yang mana mahmud dan yang mana mazmum.

PENGHIAS BICARA AKHIR

Akhir kalam,saya memohon maaf jika ada keterlanjuran kata. Saya masih remaja. Saya remaja Islam yang masih baru dan sedang berjinak-jinak dengan ilmu siasah daulah. Komentar dan teguran amatlah dialu-alukan untuk menfaat kita bersama.

Saya sedang mengkaji lagi kitab terbaik dan terlengkap yang diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. Besarlah hasrat saya untuk melihat empayar Islam terbina di dunia ini sebagaimana megahnya Islam pada zaman Rasulullah dahulu.

Suka untuk saya memetik kalam panglima hebat Islam, Saidina Umar Al-Khattab,

"Mulianya kita kerana Islam...maka sesiapa yg mencari kemuliaan selain dari Islam maka kehinaan Allah akan menimpanya"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...