Halaman

Saturday, 21 January 2012

Mengasah Minat Membaca



Ramai yang tidak suka membaca kerana sikap malas yang menguasai diri.

Berapa ramai daripada kita sedar hanya dengan membacalah kita dapat menggerakkan enjin otak kita untuk berfikir. Itupun jika kita memahami falsafah membaca yang sebenar-benarnya.

Wahyu pertama diturunkan, Allah suruh kita baca. Ada syaratnya. Baca dengan nama Tuhan yang menciptakan.

Bagi yang suka membaca pula, gagal untuk memilih genre bacaan yang terbaik dan sesuai mengikut waqi' semasa.

Ramai remaja jatuh hati dengan novel, majalah picisan, komik hiburan dan pelbagai lagi bahan bacaan yang lagha dan langsung tidak merangsang pemikiran untuk berfikir dan menyajikan thaqafah Islamiyah yang bermanfaat untuk jiwa remaja.

Membaca sangat penting dalam mengembangkan dan mencorakkan cara pemikiran dan kepelbagaian jenis-jenis ilmu yang meresap ke dalam minda kita.

Tanpa membaca, pasti kebanyakan daripada kita berada di takuk yang lama dan gagal untuk mengubah pandangan sisi kita dalam berfikir.

Ketahuilah dan sedarlah kita ini jahil. Ilmu di dada banyak manalah sangat. Amal yang kita buat entah betul entah tidak. Kita beramal mesti dengan ilmu yang betul. Nak dapatkan ilmu yang betul mesti ada sumber yang betul dan pelbagai.

Buku bertindak sebagai medium untuk kita menambah ilmu kita yang sedia ada supaya sumber ilmu yang kita peroleh bukan daripada satu jenis sumber sahaja dan barangkali apa yang kita baca itu dapat mengukuhkan lagi keyakinan, pemahaman dan penghayatan kita terhadap sumber-sumber primer dan sekunder yang kita peroleh.

Jadilah ulat buku. Mulakan dengan sedikit, kemudian istiqamah.
Comments
0 Comments

0 kritikan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...