Halaman

Thursday, 22 December 2011

Filem Seram Pembunuh Tauhid Kanak-kanak

Satu mutiara kata yang cukup berharga bagi saya,

"Nak tingkatkan trafik blog mudah sahaja. Tipsnya senang. Menulis liLlahi Taala. Berikan dan tulis apa yang didahagakan oleh hati pembaca. Cara menulis pula bergantung kepada golongan mana yang kita target."

Ungkapan ini saya peroleh daripada muharikah.com yang mana blog muharikah.com ini memuatkan banyak artikel berkenaan dakwah dan tarbiah dengan gabungan 20 orang penulis yang menuntut di pelbagai negara. Satu idea gabungan dan cernaan penulisan yang mantap bagi saya.

Bagi saya, apa yang didahagakan oleh hati-hati pembaca pada masa kini ialah soal akidah.

Mengapa saya katakan begitu. Lihat sahaja rancangan-rancangan di televisyen setiap hari khamis malam Jumaat. Sudah pasti pelbagai rancangan berunsurkan tahyul, khurafat, hantu dan siri-siri filem seram yang lain turut dipaparkan.

Rancangan seekers keluaran tv7 misalnya, jelas memaparkan ketandusan iman watak-watak di dalamnya.Tunggu hantu di dalam kawasan tapak peninggalan di Senawang dalam pukul 1.00 hingga 3.00 ke 4.00 pagi tanpa menghiraukan banyak lagi agenda Islam yang lebih penting dan perkara-perkara lain yang lebih bermanfaat.

Kadang-kadang saya terfikir, bagaimana mereka sanggup bersengkang mata pada awal pagi semata-semata untuk menunggu hantu. Kan bagus kalau mereka manfaatkan 'jaga pagi' mereka itu dengan berqiamullail mendekatkan diri kepada Pencipta mereka.



Rancangan-rancangan ini sebenarnya jelas menunjukkan betapa kemaraunya hati dan iman muslim masa kini.

Hantu, pontianak dan filem-filem seram yang lain sanggup mereka tunggu dan lihat kerana mereka YAKIN akan kewujudan mereka.

Tetapi, apabila mereka melakukan maksiat, tidak mengamalkan sunnah, melanggar titah perintah Allah dengan tidak memakai tudung dan sebagainya langsung mereka tidak takut kerana mereka TIDAK YAKIN akan kewujudan Allah. Iman masih rapuh. Pegangan tauhid masih goyah. Tiada pemahaman.

Maka, peranan siapakah yang harus dimainkan dalam situasi begini?

Memang pahit kadangkala untuk melafazkan bahawa dalam apa-apa masalah sekali pun segalanya pasti berbalik kepada yang berkuasa dan yang memerintah rakyat itu sendiri.

Allah sudah menghuraikan dan menyampaikan dengan jelas di dalam kalam agungnya dan hanya tinggal manusia untuk mengimplimentasikannya.

Jika gagallah umat manusia untuk mengamalkannya, maka tunggulah natijah dan komplikasi buruk yang bakal menimpa tiba. Nauzubillah.

Kadang-kadang saya ada tefikir alangkah bagusnya jikalau semua rancangan televisyen memaparkan picisan-picisan rohani seperti di TV Alhijrah (madrasah akidah misalnya) dengan gaya dan uslub yang berbeza-beza berbanding menayangkan filem-filem seram yang hanya menjauhkan masyarakat daripada Allah dan membunuh tauhid kanak-kanak yang masih kecil.

Percayalah, sekiranya filem-filem dan rancangan-rancangan seram ini dapat dibasmi keseluruhannya dan digantikan dengan rancangan-rancangan yang memantapkan iman, tentu masyarakat Islamik yang sebenar dapat dibentuk dengan pelbagai lagi impak positif yang bakal menyusul.

Percayalah.
Comments
0 Comments

0 kritikan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...