Halaman

Saturday, 15 October 2011

Sufi Penghias Haraki



Tika dahi berseri kau sujud menyembah bumi setaraf dengan tapak kaki yang kau pijaki,
Lopak air mata melimpah ruah tanpa henti-henti,
Saat itu, baru kau sedar kau tu pengemis kasih Ilahi,
Aduh, amat rugi sekali, ia hanya sementara dek kerana ketika itu kau sedang diuji.

Namun, pabila lenyap derita sengsara ibtila' Rabbul 'izzati,
Dagu kau dongakkan, dada kau angkat seinfiniti tinggi,
Rasa angkuh dan ujub dengan khayalan tipu daya duniawi,
Lantas kau diruntun wahan dan keliru antara pencipta dan penglipur lara fatamorgana.

Tapi, tika hatimu terpukul dan cakna akan raja'nya kau kepada-Nya nanti,
Sekali lagi, kau alpa dan berasa cukup sekadar islah kendiri,
Kau terlepas pandang akan jerih payah darah Nabi berkocak pada kasut baginda di kota Taif,
Azimat yang kau ulang-ulang, "aku dah jadi baik, dah cukup dah tu"

Hakikatnya,kau silap besar lantaran kegagalanmu untuk meneladani Rasul 'role model' 'alami,
Usaha mengerah keringat dalam menegakkan panji Islam syumuliah kau terlepas pandang,
Sunnah perjuangan yang menjanjikan kemuncup beracun dan duri-duri sembilu menjadi momokan yang kau geruni,
Di mana himmah mujaddid Islam seperkasa al-Fateh, al-Ayyubi dan selantang peti suara iman Al-Khattab?

Hei syeikh! Buka mata, buka mata hati, cuba salamatus sadri selami Islam sedalam-dalamnya,
Rona-rona sufi cukup cantik sekali, tetapi debu-debu haraki syumuli jauh mantap sekali,
Adunan kedua-dua 'secret recipe' ini serius mampu menatijahkan impak maksima barangkali,
Ayuh sahabat seagamaku, moh kita julang empayar ketamadunan Islam yang dilanda keterpurukan dan kejumudan globalisasi!

al-misbahu fi zujajah~
17 Zulqa'edah 1432H
Acacia Park
Comments
0 Comments

0 kritikan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...